Friday, August 5, 2016

Tips Belajar Part Time (ePJJ atau ePLK)




At this age (32 y.o) memang rasa mustahil bagi diri sendiri untuk belajar lagi. Tapi dengan izin pencipta sekalian alam, aku sambung jugak, punca sambung sangat ringkas. Pertama aku nak cabar diri aku sendiri. Kedua aku rasa sedikit boring dekat pejabat. Ketiga aku berhajat nak pergi jauh dalam career aku skrang ni. (I'm goverment servant so to get higher position need to have right qualification.) 

Nak cerita pengalaman mendaftar kali pertama pada Mac 2016, selepas lebih kurang 10 tahun tinggalkan dunia universiti memang berlainan. Bayangkan kali ni mendaftar dengan suami siap bawak anak dalam stroller. Haha.. what lifeeee

ALLAH maha penyayang, semasa kuliah aku dikurniakan dengan kawan2 yang sangat membantu. Overall ALLAH lah yang buka jalan dan bagi ilham what to do and how to solve everything.  

Untuk semester pertama ni Alhamdulillah carry mark aku 3 daripada 4 subjek memberangsangkan.
1. MGT430 (43.67/50)
2. STA 404 (38.00/40)
3. FAR 400 (32.10/40)
4. ENT 530 (37.50/50)

Tips tak rasmi aku adalah:-
1. Buat semua homework (tutorial, assment, test and quiz) based on dateline yang diberikan. 
Jangan lari dari dateline apa cara busy sekalipun fulfill dateline. Even kerja juga aku letak dateline supaya tak bercanggah dan dapat fulfill semua job on the target date. Last choice adalah kurang kan waktu tidur dan informal social communication. No FB scroll, or update, no instagram either read paper online. 

2. Mesti ada Jadual Waktu Belajar
Aku cuba ingat balik macam mana aku belajar masa kecik-kecik. Ada jadual waktu. Contohnya pukul 10 tidur. Pukul 4 bangun tahajjud dan terus buat ulangkaji. Tapi aku punya jadual waktu tak fixed. Kadang2 aku bangun tahajjud. Kadang2 aku start study pukul 8 malam sampai pukul 1 pagi. Since im a mother also a wife also a worker. So kene flexible sikit tapi consistence. (Wajib study at least 5 jam satu hari-curila masa macam mana sekalipun). Sebab kadang anak tak nak tidor awal kita wajib luangkan masa dengan dia (anak adalah amanah ALLAH), malam juga aku ajar anak iqra, malam juga aku mendobi dan buat housekeeping. So depence macam mana keadaan tubuh badan aku hari tu, aku tak reti belajar dalam keadaan stress. Aku suka belajar bila all housekeeping done, anak dah tidur dan rumah dah bersih. Suami pulak aku akan cakap bila ade test, quiz dan banyak benda nak kene buat aku akan bincang baik2 dengan dia. Cthnya "Abg syg ada banyakkkk benda nak buat boleh tak take over housekeeping at least all this done..." so suami aku biasanya boleh tolerate..dia akan take over (tapi kadang2 tak jalan jugak..haha so kene pandai2 la).

3. Be prepared
Ini penting! Mesti bersiap siaga di setiap kelas or skrang uitm panggil seminar. Since kita jumpa lecturer bukan hari-hari 2 minggu sekali je dan kelas pun 3 jam je. So must be fully prepared. Tersedia dari segi bahan2 bantu belajar contohnya print all slide, past year paper dan bawak la kalkulator dan sebagainya. Jangan dah sampai klass pen pun pinjam kawan atau slide untuk rujukan pun takde. Memang tak sesuai. So far aku tak sempat nak belajar sebelum belajar. Faham tak? aku tak sempat nak baca semua notes dan faham kan semua slide sebelum masuk kelas. (Ini kelemahan aku dan aku akan atasi). Semester pertama ni aku buat konsep sedut je! maksudnya apa lecturer cakap faham tak faham belakang kira. Just fokus dalam kelas. Jangan bercakap masa lecturer sedang mengajar. Kalau tak faham pun diam je dengar je! Nanti korang akan faham percayalah, aku dah buat. Worst come to worst bila kawan sebelah tanya weh! apa benda yang lecturer ni cakap..aku akan jawab entah! sedut je balik kang kita pikir. haha.. dont discuss apa yang korang tak faham. Ianya seriously tak membantu. Just buat semua yang lecturer cakap tu and kita take note, pin point yang penting balik study within 48 hours sebab kajian ade mengatakan apa yang kita belajar akan hilang dari ingatan within 48-36 hours. So kalau lambat buat revision maka akan pupus lah semua yang disedut masa kelas tu. Aku ade beli voice recorder tapi masih tak mahir nak guna. hehe...lepas rakam aku simpan. Tapi semester 2 ni aku akan pastikan aku gunakan sepenuhnya.


4. Bina hubungan baik
Di astro ade satu slogan yang aku suka guna. "Ada Geng Senang Belajar". Bagi aku belajar sorang-sorang tak best. So kita kena open for good relationship with all friends and lecturer. Bukan hubungan yang membawa keruntuhan rumahtangga ye. Just berbaik-baik dengan semua orang. Kenalkan diri dan sembang apa yang patut. Ingat lagi masa first class Ent lecturer ni kata dia tak upload notes dalam iclass so kena ambil sendiri (guna pendrive) kebetulan masa tu tak bawak pendrive. Ade adik sorang ni bawak pendrive terus minta num fon dia dan minta tolong dia emel kan semua notes tu. So disitu hubungan baik telah terbentuk. Bukan hubungan study lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan dengan laptop dan acah-acah fokus. Bukan ye. Nauzubillah!
Pastu cari geng! cari kawan baik..yang kita boleh whatsapp or call and discuss or do all assignment together. Yang boleh kongsi masalah sikit-sikit. Biasalah study memang akan stress tak boleh cakap situasi akan kadang-kadang berpihak kepada kita kadang-kadang tak. So kawan yang baik sangat berperanan untuk membantu kita and vice versa.

5. Give and take 
Aku sebenarnya agak naif. Macam bila kita dah penat siapkan all assignment dengan tak cukup tidur nye dan dengan penatnya lah tiba-tiba masa nak submit kan tetibe je ade kawan cakap eh mintak jawapan. Dia nak salin jawapan je. Aku macam! eh tak tau apa nak cakap. Tapi kawan aku erma biasanya akan bagi je kertas jawapan dia...walaupun dia tak kenal orang tu...hehe lama aku nak hadam benda ni..akhirnya aku faham bagi je kertas jawapan tu..jawapan kita pun belum tentu betul, kita bantu dia nanti orang lain bantu kita. Setakat ni konsep ni la yang dapat aku hadam. Sebab kebanyakan yang mintak jawapan last minit ni memang unik. Diaorang ni adalah insan ajaib. Aku ade satu lagi kawan dia ni kan sangat tak kedekut ilmu. Tanya la apa saja dia akan jawab. Dan dia ni juga aku dapat rasa ada masa depan yang cerah. Bila aku cakap dayah selalu tolong k.ikin. Dia akan jawab takpe kak nanti org lain yang akan tolong saya. Nampak tak suci kan. We give and take bukan disamping manusia saja. Disekeliling kita juga dengan husband dengan anak pun sama. Yelah kalau dah nampak sangat busy belajar tu. Sebelum pergi kelas masak la sedap2 untuk suami so dia tinggal jaga anak je, dia enjoy kat rumah tengok tv, teman anak main kolam dan sebagainya. So nampak tak give and take juga dengan anak, jangan bagi anak rasa kita takde walaupun kita busy buat banyak kerja, make sure anak tak rasa pun yang sebenarnya kita ni busy. Hak ALLAH (kita sebagai hamba kena tunaikan), Hak Suami, Hak anak, Hak ibubapa, Hak adik beradik, Hak Kawan-kawan kita kena tunaikan...supanya selebihnya usaha kita bukan hanya untuk kita tapi untuk hikmah yang datang selepas usaha kita. MasyaAllah. 


So cukup la 5 tips ni dulu aku tak larat nak taip panjang sangat. Nanti aku sambung... next tips

No comments:

Post a Comment