Thursday, July 19, 2012

IBU DUIT

Alrite tajuk ni terkeluar semata-mata sbb akhbar berita harian pada xx.07.2012 (tak ingat tarikh). Kalau ada sapa2 baca tentang ada individu yang mengumpul duit syiling lama dan nilai duit syiling tersebut menjangkau juta an ringgit. Kemuadian menyusul pula seorg individu mengatakan mempunyai duit syiling yang berusia ratusan tahun yang berasal dari negara brunai gambar individu tersebut diambil bersama dengan duit syiling yang beliau temui. kemudian kisah pun bermula.....(tingtingtong...)


Melihat gambaran duit syiling tersebut sebijik mcm yang ada kat rumah...terus jerit2 dlm hati bestnye2. Boleh jual. Dapat duit free. Siap telefon suami....ahaks mcm excited terover. Bila sampai rumah tanya abah yelah since my father orang lama sure ilmu didada pun bekepuk-kepuk kan. Bila cerita dan tunjuk syiling tu abah tanya. Mana dapat? soalan pertamanya. Jumpa kat umah sewa masa kemas2 igt nak buang tapi kama suruh simpan. Pastu tanye "abah ada nilai ke duit ni?" jawapan diberi "takde nilai ini namanya syiling yasin..org simpan duit ni utk ngangkung tapi yg ni tak boleh guna sbb org yg kat dalam syiling ni tak bawak bakul kat belakang dia..." gulpp telan air liuq kejap. Adui jawapan tak seperti diharapkan. Kecewa seketika. Igatkan ade la rezeki tegolek  baru nak call berita harian nak bawak masuk paper jugak.

Pastu sebab nak more info search la google. Oh ya allah mcm2 cerita pasal syiling yassin ni. Berikut saya cedok sedikit dari blog http://blog-pke.com/sejarah-syiling-yassin untuk pengenalan.

Kenapa bernama Syiling Yassin?
Kenapa Syiling ini bernama Syiling Yassin?? syiling yassin ini diberi nama kerana ada tulisan yassin di bahagian belakang syiling tersebut.Ada juga yang memanggilnya sebagai syiling tongkat kerana ada diantara syiling tersebut mempunyai gambar seperti seseorang yang memegang tongkat. Namun secara majoritinya,nama syiling yassin lebih menjadi pilihan berbanding syiling tongkat. Seni pembuatan syiling ini semuanya ditempa dengan tangan (yang asli) dengan penggunaan corak yang sama mengikut bilangan atau jenis yang berbeza.Bahan yang digunakan untuk menghasilkan syiling ini juga ada pelbagai jenis.Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan syiling ini adalah Timah hitam,emas,logam,tembaga mahupun besi.


Keunikan Syiling Yassin
Buat pengetahuan semua,syiling yassin ini terbahagi kepada tujuh.Yassin 1,Yassin 3,Yassin 5,Yassin 7,Yassin 9,Yassin 11 dan Yassin 12 (Mengikut bilangan tulisan yassin dibelakangnya).


Then lepas tu sambung sembang2 anak beranak. My father yang penuh ilmu didada mengembangkan ilmunye pada anak2 yang sedang menonton television tapi tak siapa memberi perhatian sbb cume yang sulung mengadap abah yang lain2 tgok naruto. "Along nak tau orang zaman sekarang kaya nak cara mudah usaha tak nak duit nak...." yeyeye (sambil minum petang angguk2). Ada org guna ibu duit! Ada org berjudi! Ada org ngangkung nak dapat nombor!  Haaaaa... apa kejadah nye tu (dlm hati la kan) dengan muka seposen tanye "Ibu duit tu ape bah?" jawapan yg diberi " ibu duit tu bila kita bayar kat kedai 50 inggit harga barang 10 inggit balik An 40 inggit kan." Yeryer...(dengan khusyuknye mengangguk) peranan ibu duit adalah duit 50 inggit yang dibayar tadi akan masuk balik dalam poket tuannya. Gulppppppp! telah air liur lagi...erk huyooo sesenang je lah dia nak shopping. Nauzubillah! ha itulah keje orang yang nak senang zahir tapi batin merana. Kenapa batin merana?? sbb dia menghambakan dirinya pada yang tidak betul.


Malas nak citer pepanjang ilmu pun kurang kang salah tafsir. Susah. Senang kalau u'all nak more info silalah google. Tapi tapisla use ur mind. BTW peringatan senang dunia tak semenggah sangat, kuatkan iman satukan tekad akhirat kehidupan yang kekal abadi sama-samalah kita berusaha. Jatuh...bangun...jatuh lagi bangun lagi.... dont give up meraih rahmat allah. 


Okeh inilah syiling nye ini bukan gambar sebenar just copy dr google yang ada itu ada 7 yasin nya lebih kurang gini la. Gambar kat belakang syiling tu org tua sedang memegang tongkat.





6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sya ada duit syling yasin berminat call

    ReplyDelete
  4. Saya ada duit siling yasin kuning tembaga(rare) berbgai bntuk berminat whtsapp 01124407481 nanti sayaa kongsi gambar

    ReplyDelete
  5. Saya ada duit serupa ini. Ada minat call. +6286264211172

    ReplyDelete
  6. saya ada berbagai syiling yasin....IBU Syiling Yasin 7 emas..Duit Syiling Yasin Wali 7 emas dan berbagai...berminat boleh whatsapp 0172692378....boleh lihat pics....TQ

    ReplyDelete