Tuesday, June 26, 2012

Menyusu Dengan Yakin (Breastfeed with Confidence)

Assalamualaikum dan Selamat Bertemu kembali (acheceh..setelah entry ke empat baru reti nak beri salam...maafkan sye)

Setelah dimaklumi akan ada entry berkenaan breastfeed. Just nak syer pengalaman yang tidak seberapa ini.  Urmm... for sure before start i would like to remind im not a nurse or either doctor okeh im an auditor. heheher so dont expect this matter going to be detail like medical perspective.

Sebelum Kelahiran Baby

Pelbagai pendedahan terutama semasa check up nurse asyik berpesan nanti lepas baby lahir perlu beri susu ibu sepenuhnya sehingga 6 bulan. Susu ibu yang pertama selepas besalin adalah kolestrum ia mengandungi pelbagai khasiat semulajadi dan manfaat nye sangat optimum pada baby. Jangan panik atau beranggapan susu tiada (arghh prefer spell xde je kan senang...but since bedah was remind me with HZ punye tips kena la ubah sikit-sikit to be better.) dan part yang terbaikk jangan bawak botol susu nanti muka doktor akan jadi merah. Bermakna marah.Huwhuwhuw...

Atas inisiatif sendiri yang cerdik pandai saye telah mendaftarkan diri dalam antenatel klass bersama suami (supaya sama-sama faham-jangan pegi sesorang ye) . Banyak maklumat yang diperolehi. dan!...dan! ianya sangat memberangsangkan sebab asyik diingatkan susu ibu adalah terbaik first klass secara alami dan melalui kursus itu juga telah meningkatkan semangat yang membara-bara (mcm kayu bara) nak susu kan baby. Sedangkan set botol susu dah berdikit-dikit di beli yang botol kaca, plastik dan puting nyonyot nye (pacifier ye adik2 dlm bhs. englishnye). Word dari sister Zainab (nurse yang sempoi dan klakar) yang membuatkan ku suka sangat adalah berkenaan susu-susu yang terbaik dipasaran pun sebenarnya cuba sehabis mungkin untuk menjadi sebaik susu ibu (kurang gula la.. tinggi DHA la) semuanya ada pada susu ibu. Padahal kan seriously mase mengandung dan plan sangat-sangat excited nak beli susu formula sebab bila tengok iklan kat tv budak kecik tu jadi pandai lepas minum susu.

Selepas kelahiran Baby

Okeh ni part teringat sakit besalin campur sakit kene jait. (padahal besalin normal jepun). Orang lain dah boleh bangun pegi toilet dan siap pegang baby aku duk pucat lesi lagi sampai nurse tanye dik ok x ni? urm rase nak jawab ngan jawapan sengal dah boleh lari-lari da ni. Tapi tak buat la diam seribu bahasa tunggu mommy ngan suami datang nak buat muka kesian puas-puas. 

Berbalik pada selepas kelahiran, baby disambut oleh tangan papanya yang mesra dan tak sabar2 dan nurse pula bertanya nak milo tak puan? Baikkan nurse nye. Anggukan merupakan jawapan nak..nak. Selepas minum milo cicah biskot (ni keadaan selepas bersalin lepas proses jait menjait tau) baby dibawa kepada mama (iaitu sye la) suami diingatkan supaya baby diberi susu. Dalam balutan kain empuk keadaan baby yang suam-suam hangat di dakap dengan seribu kasih sayang dan disusukan penuh mesra. Menitik air mata woo! Arghh time tu sweet sangat. Kalau u all ade tengok video masa anternatal klass tu kan mcm mana baby tu cari2 susu. Anak saya pun sama, sebijik mcm tu la. 

Dalam tempoh 2-4 hari selepas kelahiran..susu memang tak banyak. Malah nak dapat suku botol pun susah (time ni try pum sbb anak menyusu dah 2 jam tak puas-puas sampai lenguh pinggang) anak mula menangis melalak...masa tu memang stress. Tapi my mommy panggil tukang urut. Lepas urut ada sikit, dan teruskan juga bagi baby menyusu walaupun tau susu sikit dan baby tak puas. Urm actually masa 2-4 hari baby nangis kekurangan susu tu ade bagi baby minum air zam-zam untuk bagi dia lega. Alhamdulillah lepas urut susu ada, bila pam dapat la dalam 3 oz..sikit..sikit lama-lama jadi bukit. 

Berikut adalah sedikit maklumat dari hasil bacaan yang tak seberapa..sila hayati dan fahami. Jika ada kemusykilan tanya doktor jangan tanye saye..hehehe :D

Antara manfaat penyusuan susu ibu kepada ibu:

  1. Penyusuan susu ibu "membakar" 500 kalori sehari. Oleh itu akan cepat mendapat kembali bentuk badan!
  2. Mempercepatkan pengecilan rahim kembali ke saiz normal.
  3. Mengurangkan risiko mendapat kenser payu dara, post monopaus, osteoporosis dan penyakit jantung.
  4. Mudah, bersih dan susu sentiasa pada suhu yang sesuai.
  5. Tidak seperti susu formula susu ibu adalah percuma..free!



Adakah penyusuan susu ibu menjadikan bayi anda lebih cerdik?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanak-kanak yang tidak diberi susu ibu berkemungkinan lebih berisiko mengalami prestasi perkembangan dan pencapaian pendidikan yang lebih rendah.


Mitos. Tidak semua ibu boleh menghasilkan susu ibu.

Ini tidak benar. Hanya segelintir. Satu tanggapan yang salah ialah wanita yang mempunyai payudara yang besar akan ada susu banyak dan sebaliknya. Sebenarnya saiz bukan kayu pengukur. Ramai ibu juga percaya bayi yang kerap menyusu termasuk pada waktu malam susu mereka mungkin tidak mencukupi untuk bayi. Ini tidak benar. Bayi menyusu kerap kerana ia sedang membesar dengan cepat dan memerlukan banyak susu.


Mitos. Ibu yang lahir secara pembedahan tidak boleh menyusukan bayi. 

Ini tidak benar. Mereka boleh menyusukan bayi jika tiada komplikasi perubatan. Dan sudah pastinya ibu perlu kan bantuan untuk memposisikan bayi.

Finally anda juga kita (saya dan anda) perlu berfikiran positif!! 

Sepanjang kehamilan tubuh kita telah membekalkan khasiat untuk bayi kita. Yakinlah selepas kelahiran kita juga mampu meneruskannya. 

Pesanan untuk ahli keluarga
Beri Sokongan.!


Tak cukup confidence lagi? Ehem try look at this plak!
Tengoklah macam gegirl kat bawah nie sangat confidence sampai menyusu sambil jd model.  It was copy from http://givingbirthwithconfidence.org/2010/04/breastfeed-be-a-star/.



This post was originally published on April 20, 2008.

You must visit the U.K. Breastfeed: Be a Star website. On the home page a beautiful, glamorous woman is nursing her baby. On one side of them, the words “She’s Not a Pop Idol, She’s a Star” and on the other side, “Breastfeed: Be a Star.”

The Be a Star campaign is dedicated to increasing the number of young mothers in Lancashire, England who choose to breastfeed. “We hope to do this by showcasing the beauty, confidence and pride that comes with breastfeeding, as well as providing breastfeeding information and support and highlighting the unique health benefits that it brings to both baby and mum”.

I love this campaign. The message? Breastfeeding is not drudgery. Breastfeeding mothers are special, attractive, even glamorous. This is marketing breastfeeding in a powerful, hard to resist way. Campaigns to increase breastfeeding rates that focus on the benefits of breastfeeding for mother and baby, or the risks of not breastfeeding have been only marginally effective. This creative, fun campaign gets across all the same information but let’s women know that choosing to breastfeed lifts them to a whole new place: stardom. Truth in advertising at its best!

Monday, June 25, 2012

Duaharian

Biase org sebut seharian bila seharian penat bekerja atau seharian duduk di rumah lepak2 sambil melayan apa yang patut, sekarang jd duaharian sebab dua hari (Sabtu Ahad). In english weekend loh. X menarik citer duharian nih sbb..?! sbb memang x de yang menarik tapi kat sini citer nk buat2 org tertarik cuba2 jadikan yg x menarik jd menarik (erh ape da!) wutever.

Suri Rumah sangat lah bila bagun selepas azn subuh. Entah apa yang dipenatkan. Erm istilah penat ni timbul bila fikiran letih dr fizikal. Org muda zaman sekarang memang berbeza dr org zaman dulu. Bangun awal ayam belum berkokok dah bangun siap2 atas tikar sembahnyang. Ibarat bangun pkul 4.30 am-5.00 am tu biase la, dah bangun awal kalau tidur awal xpe, tidur pun lambat ada saja yang dikerjakannya. Hebat.  Nak jd mcm org zaman dulu lah.

Kenapa mereka hebat sbb diajar sebegitu oleh mak ayah mereka atau sendiri kenal tanggungjawab. Erm prefer yang pertama mesti makayah yang ajar dulu (alah bisa tegal biasa-ayoyo..ini pepatah ada betoi kah?! ala-btol la ni ade bunyi2 'biase' tu...maksud nye bila dah selalu buat jd kebiasaan). Bila bangun awal kejut anak2 solat subuh sekali. Lepas tu ke bendang, x pun ke laut...er x de experience zaman dulu2. Main rase2  fikir je ni. Tapi sure betol! (blh kah guna fakta sure betol nih?!) bole..bole..yakin.

Aktiviti zaman sekarang lain. Mak bangun juga sblum azan subuh tapi anak dibiar diulit mimpi lena, mimpi2 ngeri dan mimpi yg x kesampaian. Mak ayah bertungkus lumus lah kat dapur depan ruang tamu ruang makan. Anak bangun makan, tgok tv...tanye masak ape hari ni. Adush!!! Perkara fakta ni perlu diubah. Jika ade yang bertanggapan kuno..sayang anak cium2, biar2 atau alah dia tau lah nanti. eloklah fikirkan semula.

Okeh back to the tittle duaharian. Tiap2 hujung minggu a.k.a duaharian duduk di rumah sangat seronok sbb dapat fully luangkan masa dengan baby. She must be happy also me! Tapi...this weekend x hapy sbb frust bila tgok muka my mommy sedih. Sye tanye knp mak? Xde apa tgok anak2 tido mak dah kat dapur ni rase sunyi pulak (of course la dia nk cakap dia kecewa tapi sbgai ibu yg sangat suci murni hati anak2 dijaga rapi ayat2 di susun rapi sebelum melontarkan luahan hati). ERKKKK dengan muka pucat2, sambil kendong anak yg tengah bulatkan mata dan pandang neneknye dengan perasaan manja dengan kulit kuning langsat yang gebu melebu tu  (arghh comel sgt!). Xpe mak relex la nanti along handle kan ye. (dlm hati...aduhh mommy sudah murka!) mcm mana ni. 

So terus mengendong baby malaeka yg tengah bugil untuk dimandikan. Ketuk satu bilikk ke satu bilik. Wei bangunlah..! bangun2..eiii geram x bangun2 aku pun jd singa jadian. Bangunnnnnnn. Potpetpotpet..(ayatnya biarlah rahsia) semua tetibe masuk bilik air mandi, sarapan, makan tengahhari terus.. kemas rumah basuh pinggan basuh periuk belanga basuh kain sidai kain vakum depan dapur sental lantai basuh kasut sekolah serentak! (ha macam kartun!!) Bila siap semuanya telentang dekat ruang tamu sambil menonton hindustan dengan leganya. Tetiba ada suara...ada org tu untungla... mandur! Hahahar saya cuma along mana boleh tolong!!! ahaks.

Its not mean i fully x tolong my mother. Curi2 masa mesti tolong. Im helpfull person ma! ngehngehngeh.. Tapi sejak ada anak ni. Asik berkepit dengan dia je  xboleh nk buat apa. Xtau apa pengalaman orang yang ada anak ni. Yang duduk sorang yg xde pembantu yang cume dia , husband dan nak-anak kecil (anak kecil ye bukan yg dah besar panjang yang tau jaga diri tu). Macam mana rumah diorg kemas tersusun rapi kah? kilat ke dapur diorg berasap ontime kah. Mesti org2 mcm ni super duper supermak kan..kan hopefully blh jd supermak! Eii klu dudk sendiri nanti x tau mcm mana.Nerbez. BUt my husband org nya sgt helpfull so no woried rasenye. Unless ade yg x kena ia akan jd mcm ayam dan itik bercakap atau jd mcm lagu juliana banos. Cinta gila. Nuzubillah!

So duaharian kat rumah ibarat seharian je. Masa pantas berlalu cemburu dan dicemburui. Saling mengejar antara diriku dan masa. Masa yang telah berlalu takkan kembali lagi. Dan masa yang akan datang belum pasti. Entah kan hidup entahkan mati. Jadi hargailah semua yang ada di depan mata jangan abaikan walau seketika. Apabila lihat mommy berdukacita jangan buat endah x enddahkannya sedangkan syurga dibawah tapak kaki nya. Redha allah jika ibu kita redha dan murka allah jika ibu kita murka. Siapa ada masa beli buku ini dan baca. Nanti akan faham betapa hebatnya seorang ibu. Antara yang sye blh ingat setelah buku ini sye tekuni (mcm ayat Dr zulkifli pulak...hehe) cerita tentang seorang yang bertakafur mengadap kubur seorang alim lantas datang seseorang bertanyakannya apa yang tuan sedang buat katanya saya cuba untuk mendapatkan karamah dr ahli kubur ini. Lantas seseorang itu mengatakan tuan masih ada ibukah? Jawab lelaki itu ada. Maka jawab si polan itu pulanglah mintalah doa ibu tuan doa itu lebih cepat sampai dan lebih karamahnya dr orang alim ini. Wallahhu alam. Banyak lagi cerita yang menarik dan boleh dibacakan pada anak2 (buat book time story before sleep ok juga, asyik cerita kancil dengan buaya x best la) supaya mereka fhm betapa ibu adalah seorang insan yang perlu dihormati dan disanjung tinggi.




Akhiri dengan Surah Al-Asr

"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"



Friday, June 22, 2012

My Little sweet princess (sayang mama!)

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai.Masa mengandung dulu hasrat hati nak sangat anak yang terbaik so banyaklah amalan-amalan yang telah dilakukan. Antaranya membaca quran surah-surah pilihan mcm Surah :-

Luqman - untuk anak yang cerdik (ada 34 ayat)
Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak (ada 111 ayat)
Yaasin - untuk anak yang teguh hatinya supaya tidak terpengaruh dengan maksiat
Maryam - untuk memudahkan besalin (ada 98 ayat)
Al-hujurat - untuk banyakkan susu ibu. (ada 18 ayat)

Surah Yusuf dan Maryam panjang baca sikit2 la. Page by page, dan sebagai tambahan boleh beli cd, sye beli cd sbb kat ofice blh pasang dan baby blh dengar skali...sebab kengkadang nk relex2 dengar ayat al-quran ni hati rase masyaallah tenang sangat!. 

  


Selain itu, ada juga search dr internet doa semasa hamil. Doa ni memang sye selalu baca tiap-tiap malam (urmm kengkadang ade mis jugak) nak tau doa nya jap eh carik balik. Ini dia.

Doa semasa hamil

 Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Masa mengandung sangat best...hehe sbb happy bila boleh makan banyak2 tanpa risau berat badan (bila ade selera la time alahan memang x makan, uwek...uwek memanjang). Sye mengalami alahan lebih kurang 4-5 bulan jugakla.

Dan dulu sye xpercaya pada alahan itu xblh ini xblh mcm mengada-ngada je bunyinye...but than kene pd diri sndiri. Sya x lalu makan AYAM. totally jika mkn jugak (penah try burger ayam mcD) mesti nk uwek..uwek...knp ye...ianya mcm tindakbalas natural. Xtau knp..tapi hujung2 nk besalin tu saja test power blh la sikit2. Bila mengenangkannya rasa mcm nk rasa balik perasaan tu...hehehehr...

Time besttt lagi bila mengandung ni..kita akan mula tertarik dengan barangan bayi. Ohh klu sblum ni tgok brg baby pun sblah mata. but than again mula la nk tanye-tanye kawan.. 

"kak mcm ne nak tgok saiz baju baby ni..??!" 
"kin ko jgn beli yg kecik2 ni bebanyak kang x lama pakai, baby cepat besar"
"hurm...sye x beli banyak,,," (tapi dlm tangan satu bakul jugakla baju tu dihangkut ke sana ke mari...)

"bang stroller baby nak beli yang mana satu semua cantik ni....
"bouncher baby ni cantik la...ishish si suami akan mula garu2 peha...tgok bajet latu...


at last satu rumah penuh dengan barang-barang baby...hehhehheh xde gambar nk tunjuk sbg bukti meh dtg umah. (ajak2 ayam saja ye..)

Saat-saat nak melahirkan arhh lagi la mendebarkan. 

Sye mula pecah air ketuban. Than kene induce sbb air ketuban dah pecah jln x keluar lagi (erk jln x keluar lg betol ke ayat ni? jln x bukak lagi kot). Rasenye??? Adui sakit la! Tapi alhamdulillah semua nya mudah. Nurse2 baik, doktor pun baik...bila nak balik siap ade nurse tlg sorongkan dr dlm wad sampai keluar wad mcm kat private pulak...sedangkan Hos. Sg Buluh je pun (jepun! igt x bgus je hospital gov.)

Than bila waktu berpantang. Mak ai anak sulung main taram je tapi set besalin dah beli siap2 Nona Roguy tu..harap2 blh kembali ramping la kan...hurm tapi x berapa nk ramping la..sad...sad. Pelajaran di sini semasa 44 hari berpantang badan kita boleh dibentuk ok! Buatlah apa saja. Nak rampingkn pinggang, pinggul dll. Jd pakailah bengkung ketat2 walau ianya sangat seksa...urutlah badan baik2 , betangas lah, betungkulah dan makanlah jamu2 utk rampingkan badan. Pada 3 bulan pertama..ada 3 tyre (fhm x tyre ape..perut yg berlapis2), skang ni dah 5 bulan tinggal satu dan dah balik berat badan asal. Urm oh yeh nk syer brestfeeding sgt membantu untuk mengembalikan berat badan asal dan faedah bagi baby sangat bagus jap eh nk tgok kat fB diaorg ade bg carta How brestfeed is very help full. Takpe nnti sye buat tajuk full tntang brestfeed ok. Kite syer2 info.




Ala shayang mama! Malaeka Sophea "Bidadari = Malaeka" "Kecantikan & kebijaksanaan = "Sophea
Dia suka bergaya dan buat org ketawa!! (sbnarnye ni malaeka sedang garu kepala dan makan jari) Time ni Ciktot jaga Malaeka kat ofice n mama buat keje... @_@
Suka gigit bibir nk tumbuh gigi ye shayang!
Senyumannya akan buat mamapapa cairrr..
Cium banyak kali pun x puas...gigit dia!!! hehe


As a conclusion, semasa mengandung kita mesti banyak sabar. Jaga tingkah laku dan perbanyakkan istiqamah (perbuatan yang berterusan) mentaati perintah allah. Solat dan baca al-quran dan tawakal kepada allah. Ia lah kita nk melahirkan zuriat ni bersabung nyawa. Jika hidup alhamdulillah teruskan perjuangan pula sebagai seorg ibu untuk memikul amanah allah (mendidik anak). Kalau mati, kita mati syahid. Suami pun memainkan peranan penting. Kesabaran suami menghadapi kerenah isteri, sangat dihargai. Jika suami sabar..isteri automatik akan jadi cool jugak and vice versa.

Alhamdulillah sye berjaya mengharunginya, dulu pikir2 boleh ke ni...boleh ke ni. Klu org lain boleh sure boleh. Kuat kan semangat. Bagi ibu2 yang bakal melahirkan anak sulung memang akan nerbez (risau). Oh ya! tip tambahan jangan dengar cakap orang. Besalin memang sakit tapi cara setiap orang berlainan. Selalulah mohon pada allah supaya dipermudahkan urusan semasa bersalin nanti.

Penghargaan :

Husband, Momy, Bedah,Ciktot, Maksu Ajun, Aman
Uti , Jalu...dll semuanya (to all your support... i love u)