Friday, August 26, 2016

Resepi Kuah Kacang Sedap dan Tidak Berminyak

Setiap kali raya ini menu yang tidak ketinggalan...resepi ni sangat istimewa sebab kurang minyak boleh juga jika nak panggil xde minyak (which is memang tak bagus untuk badan) dan kurang kolestrol..haha yelah tu. Best part kuah ni memang menjadi pujian di kalangan tetamu yang hadir makan dengan nasi impit memang berulang. Bak kata tetamu selain rendang kuah kacang yang umphhh..barula rayaaaa!! :) 

Bahan-bahan:

1. Kacang tanah (500 grm)

2. Minyak Kelapa (setengah cawan)

3. Gula melaka (separuh) 
Hasil carian imej untuk gula melaka

4. Cili Kering/ Beli siap cili yg telah diblender (1 cawan)

5. Bawang besar (3 labu-blender), Serai (4 batang yg gemuk, kalau serai kurus 6 batang) dan lengkuas (besar ibu jari) -blender sekali semuanya 
Hasil carian imej untuk bawang besar
Hasil carian imej untuk lengkuasHasil carian imej untuk serai

6. Garam (secukup rasa) dalam 1 sudu kecil

7. Gula (secukup rasa) dalam suku peket (kuah kacang mesti ada rasa manis)

8. Air (agak-agak, jangan cair sangat jangan pekat sangat)

Cara-cara :

1. Mula-mula kacang tanah campur dengan minyak kelapa masukkan dalam satu kuali sangai sampai keperang-perangan (bukan goreng ye sangai dengan minyak supaya cepat masak, kalau sangai tanpa minyak pun boleh tapi yg tu sangat gigih la nak menunggunya masak cik oii, kalau rajin nak berdiri kat dapur tak salah sangai tanpa minyak) 
Hasil carian imej untuk kacang tanah

2. Lepas sangai kacang tanah tu, masukkan dalam mangkuk, lepas tu cuci dengan air (suhu biasa). Ramas-ramas kacang dalam air tu. Kulit dia akan tertanggal. Jangan risau, mana yang boleh buang buang je mana yang tak boleh buang blender je sekali. Proses ni sangat penting untuk asingkan minyak berlebihan tu so kuah kacang takkan berminyak sangat. 

3. Ambil kuali yang agak besar (sebab kita akan hasilkan kuah kacang untuk 10-15 org makan). Letak minyak yang bersih dalam setengah cawan (ingat minyak jangan banyak). Tumis bahan no. 5 yang telah di blender sehingga garing dan naik bau. (kalau nak tau macam mana garing tu sehingga air blander tu hampir kering. Kering ye bukan hangus..hehe

4. Masukkan cili kisar. Biarkan sehingga pecah minyak. Macam mana nak tau pecah minyak bila cili tu dan minyak dah agak sebati. 

5. Kemudian masukkan garam, gula secukup rasa. Masa tempoh ni sukatan gula dalam 4 sudu dulu. 

6. Masukkan air satu cawan, kemudian kacang yang telah di blander juga satu cawan. Sampai habis. Dengan nisbah 1 : 1 (1 cawan air 1 cawang kacang yg telah diblender) kalau last kacang tu tinggal setengah cawan masukkan setengah cawan air jugakla.

7. kemudian gaul bagi sebati dalam kuali. Masukkan gula melaka tu. Biarkan gula melaka cair di dalam kuali dengan sendiri. Tambah gula pasir (dalam 2.5 senduk) dan garam (1 sudu kecil lagi). Kemudian cuit sikit rasa manis sesuai ke tak..garam ok tak (selera masing-masing tak sama)

8. Dah nak siap ni. Tapi sebelum tu tengok kuang kacang tu masa panas atas kuali tu kering sangat ke. Kalau kering sangat tambah air. Kalau cair sangat biar dulu bagi kering sikit. Cook medium la kiranya.Haha... Tips berguna kuang kacang bila sejuk dia akan kering. And the best result bila siap masak dapat dilihat adalah kuah kacang ni tak berminyak nampak macam kacang dengan air je. 

Hasil carian imej untuk kuah kacang nasi impit

 

Friday, August 5, 2016

Tips Belajar Part Time (ePJJ atau ePLK)




At this age (32 y.o) memang rasa mustahil bagi diri sendiri untuk belajar lagi. Tapi dengan izin pencipta sekalian alam, aku sambung jugak, punca sambung sangat ringkas. Pertama aku nak cabar diri aku sendiri. Kedua aku rasa sedikit boring dekat pejabat. Ketiga aku berhajat nak pergi jauh dalam career aku skrang ni. (I'm goverment servant so to get higher position need to have right qualification.) 

Nak cerita pengalaman mendaftar kali pertama pada Mac 2016, selepas lebih kurang 10 tahun tinggalkan dunia universiti memang berlainan. Bayangkan kali ni mendaftar dengan suami siap bawak anak dalam stroller. Haha.. what lifeeee

ALLAH maha penyayang, semasa kuliah aku dikurniakan dengan kawan2 yang sangat membantu. Overall ALLAH lah yang buka jalan dan bagi ilham what to do and how to solve everything.  

Untuk semester pertama ni Alhamdulillah carry mark aku 3 daripada 4 subjek memberangsangkan.
1. MGT430 (43.67/50)
2. STA 404 (38.00/40)
3. FAR 400 (32.10/40)
4. ENT 530 (37.50/50)

Tips tak rasmi aku adalah:-
1. Buat semua homework (tutorial, assment, test and quiz) based on dateline yang diberikan. 
Jangan lari dari dateline apa cara busy sekalipun fulfill dateline. Even kerja juga aku letak dateline supaya tak bercanggah dan dapat fulfill semua job on the target date. Last choice adalah kurang kan waktu tidur dan informal social communication. No FB scroll, or update, no instagram either read paper online. 

2. Mesti ada Jadual Waktu Belajar
Aku cuba ingat balik macam mana aku belajar masa kecik-kecik. Ada jadual waktu. Contohnya pukul 10 tidur. Pukul 4 bangun tahajjud dan terus buat ulangkaji. Tapi aku punya jadual waktu tak fixed. Kadang2 aku bangun tahajjud. Kadang2 aku start study pukul 8 malam sampai pukul 1 pagi. Since im a mother also a wife also a worker. So kene flexible sikit tapi consistence. (Wajib study at least 5 jam satu hari-curila masa macam mana sekalipun). Sebab kadang anak tak nak tidor awal kita wajib luangkan masa dengan dia (anak adalah amanah ALLAH), malam juga aku ajar anak iqra, malam juga aku mendobi dan buat housekeeping. So depence macam mana keadaan tubuh badan aku hari tu, aku tak reti belajar dalam keadaan stress. Aku suka belajar bila all housekeeping done, anak dah tidur dan rumah dah bersih. Suami pulak aku akan cakap bila ade test, quiz dan banyak benda nak kene buat aku akan bincang baik2 dengan dia. Cthnya "Abg syg ada banyakkkk benda nak buat boleh tak take over housekeeping at least all this done..." so suami aku biasanya boleh tolerate..dia akan take over (tapi kadang2 tak jalan jugak..haha so kene pandai2 la).

3. Be prepared
Ini penting! Mesti bersiap siaga di setiap kelas or skrang uitm panggil seminar. Since kita jumpa lecturer bukan hari-hari 2 minggu sekali je dan kelas pun 3 jam je. So must be fully prepared. Tersedia dari segi bahan2 bantu belajar contohnya print all slide, past year paper dan bawak la kalkulator dan sebagainya. Jangan dah sampai klass pen pun pinjam kawan atau slide untuk rujukan pun takde. Memang tak sesuai. So far aku tak sempat nak belajar sebelum belajar. Faham tak? aku tak sempat nak baca semua notes dan faham kan semua slide sebelum masuk kelas. (Ini kelemahan aku dan aku akan atasi). Semester pertama ni aku buat konsep sedut je! maksudnya apa lecturer cakap faham tak faham belakang kira. Just fokus dalam kelas. Jangan bercakap masa lecturer sedang mengajar. Kalau tak faham pun diam je dengar je! Nanti korang akan faham percayalah, aku dah buat. Worst come to worst bila kawan sebelah tanya weh! apa benda yang lecturer ni cakap..aku akan jawab entah! sedut je balik kang kita pikir. haha.. dont discuss apa yang korang tak faham. Ianya seriously tak membantu. Just buat semua yang lecturer cakap tu and kita take note, pin point yang penting balik study within 48 hours sebab kajian ade mengatakan apa yang kita belajar akan hilang dari ingatan within 48-36 hours. So kalau lambat buat revision maka akan pupus lah semua yang disedut masa kelas tu. Aku ade beli voice recorder tapi masih tak mahir nak guna. hehe...lepas rakam aku simpan. Tapi semester 2 ni aku akan pastikan aku gunakan sepenuhnya.


4. Bina hubungan baik
Di astro ade satu slogan yang aku suka guna. "Ada Geng Senang Belajar". Bagi aku belajar sorang-sorang tak best. So kita kena open for good relationship with all friends and lecturer. Bukan hubungan yang membawa keruntuhan rumahtangga ye. Just berbaik-baik dengan semua orang. Kenalkan diri dan sembang apa yang patut. Ingat lagi masa first class Ent lecturer ni kata dia tak upload notes dalam iclass so kena ambil sendiri (guna pendrive) kebetulan masa tu tak bawak pendrive. Ade adik sorang ni bawak pendrive terus minta num fon dia dan minta tolong dia emel kan semua notes tu. So disitu hubungan baik telah terbentuk. Bukan hubungan study lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan dengan laptop dan acah-acah fokus. Bukan ye. Nauzubillah!
Pastu cari geng! cari kawan baik..yang kita boleh whatsapp or call and discuss or do all assignment together. Yang boleh kongsi masalah sikit-sikit. Biasalah study memang akan stress tak boleh cakap situasi akan kadang-kadang berpihak kepada kita kadang-kadang tak. So kawan yang baik sangat berperanan untuk membantu kita and vice versa.

5. Give and take 
Aku sebenarnya agak naif. Macam bila kita dah penat siapkan all assignment dengan tak cukup tidur nye dan dengan penatnya lah tiba-tiba masa nak submit kan tetibe je ade kawan cakap eh mintak jawapan. Dia nak salin jawapan je. Aku macam! eh tak tau apa nak cakap. Tapi kawan aku erma biasanya akan bagi je kertas jawapan dia...walaupun dia tak kenal orang tu...hehe lama aku nak hadam benda ni..akhirnya aku faham bagi je kertas jawapan tu..jawapan kita pun belum tentu betul, kita bantu dia nanti orang lain bantu kita. Setakat ni konsep ni la yang dapat aku hadam. Sebab kebanyakan yang mintak jawapan last minit ni memang unik. Diaorang ni adalah insan ajaib. Aku ade satu lagi kawan dia ni kan sangat tak kedekut ilmu. Tanya la apa saja dia akan jawab. Dan dia ni juga aku dapat rasa ada masa depan yang cerah. Bila aku cakap dayah selalu tolong k.ikin. Dia akan jawab takpe kak nanti org lain yang akan tolong saya. Nampak tak suci kan. We give and take bukan disamping manusia saja. Disekeliling kita juga dengan husband dengan anak pun sama. Yelah kalau dah nampak sangat busy belajar tu. Sebelum pergi kelas masak la sedap2 untuk suami so dia tinggal jaga anak je, dia enjoy kat rumah tengok tv, teman anak main kolam dan sebagainya. So nampak tak give and take juga dengan anak, jangan bagi anak rasa kita takde walaupun kita busy buat banyak kerja, make sure anak tak rasa pun yang sebenarnya kita ni busy. Hak ALLAH (kita sebagai hamba kena tunaikan), Hak Suami, Hak anak, Hak ibubapa, Hak adik beradik, Hak Kawan-kawan kita kena tunaikan...supanya selebihnya usaha kita bukan hanya untuk kita tapi untuk hikmah yang datang selepas usaha kita. MasyaAllah. 


So cukup la 5 tips ni dulu aku tak larat nak taip panjang sangat. Nanti aku sambung... next tips

Thursday, September 25, 2014

"Semunya Bergantung Pada Angin"


Semuanya bergantung pada angin  
"Air panas akan sejuk bila ditiup
Hati yang sejuk akan panas bila ditiup"

                        
                                                                      
Kata-kata pujian boleh merapatkan hubungan
menghargai seseorang akan membuat diri kita juga dihargai. 
ada seorang rakan dia sangat menghargai orang lain, dia disenangi diingati dan dicari. 
tutur katanya jarang membuat orang terguris atau jauh hati. 
kita memang tidak sempurna (alasan) namun hati orang yang kamu lukai akan berberkas. 
melukai dengan tutur kata adalah jenayah yang tidak dirancang.

Ia mungkin tabiat (dari kecil sudah mencarut, memaki dan diajar mengumpat)

Ibubapa perlu berhati-hati bila hendak 'meluahkan' perasaan ketika marah
anak akan memerhati dan meniru cara kita berkomunikasi setiap hari,
kematangan seseorang diukur dari cara dia mengawal sesuatu situasi 
Untuk kita disenangi kita perlu menyenagkan orang lain
bukan dengan membayar bil utiliti mereka atau membawa mereka shopping
cukup dengan menghargai mereka dengan menjaga tutur kata mu bila berbicara
atau meminjam telinga kepada yang memerlukan.












Tuesday, September 23, 2014

Malam yang sunyi

Hidup ini semakin menarik
Dari kita tidak tahu apa-apa
merangkak dalam kegelapan
diberi ilmu menyuluh dunia

Belajar akan membuat kita bosan
jika tiada SABAR

Bekerja juga akan bosan jika tiada SABAR

Semuanya begitu

Namun untuk membunuh bosan kita perlu ada minat dah keikhlasan.

Setelah umur meningkat
pengalaman mengajar segala-galanya

dengan pengalaman
perniagaan akan berkembang maju
jatuh akan membuat kita cuba
menyempurnakan diri

dengan pengalaman
rumahtangga yang tidak sempurna
akan jadi sempurna

dengan pengalaman
pekerja yang baru akan jadi pekerja lama
dan Senioriti itu akan membawanya kepada pangkat yang lebih besar
dan lebih penghormatan kepadanya
kerana pengalamannya


Jadi insan
Jangan takut ditimpa pengalaman
selagi nyawa ditanggung badan
teruskan hidup
jatuh dan bangun
jangan takut untuk tersungkur
luka itu akan membuat kita ingat rapi
supaya tiada kesalan yang sama

Air mata pengubat luka
seperti antiseptik yang membunuh bakteria
biarkan ia membasuh sakit di hati
mencuci geram
ia deras untuk seketika

Pujuk hati
untuk menerima segala pengalaman
jangan menyalahkan
tiada yang kebetulan
semua telah diaturkan olehnya

Tidak mampu mengubah takdir
tidak mengapa sayangku...
ubahlah cara kita melihat takdir
bersangka baik pada yang maha kuasa
pencipta sekalian alam
bunuhlah segala perasangka
cubalah sehabis baik hanya untuk dirimu
ia hanya sementara
ibarat hidup hanya sehari di dunia ini
ibarat mimpi

Memujuk diri
meski ia susah
mudah lagi memujuk anak kecil
usahakanlah

Oh Otak Yang Bijak

Aku bukan Fyn Jamal
Jauh Sekali A. Samad Said
Hanya seorang insan...

Oh Otak yang bijak

Hati terkoyak
Parah meraung kerana dunia
Berperang dengan perasaan
Bertarung dengan dunia,..hawa nafsu, dan syaitan

Mengapa aku di sini
Apa yang di cari
Harta dan kebahagiaan
Mampunkah membeli syurga
meraih syafaat nya
membeli rahmatnya
menempuh titiannya

Oh Otak yang bijak...
Gagahlah kau katakan
Dunia ini sementara
walhal di depanmu harta
nafsumu pada oksigen dunia

Oh Otak yang bijak...
Tunduklah pada sang pencipta
Tubuhmu takkan disambut api neraka

Oh Otak yang bijak
Hayun kakimu di bumi dengan sabar
Meski air mata mu mencurah..usap air matamu dengan jari kasarmu
Meski kau rasa dianiaya
Meski kau rasa ketidakadilan batin

Oh Otak yang bijak
Kuncilah tutur katamu
Sapulah bibir mu dengan manisan kata-kata yang berfaedah

Oh Otak yang bijak
Bantulah jasad mu
Bukan untuk mengumpul harta dunia
Bantulah jasadmu
Bantulah rohmu
Untuk mencari hakikat dunia ini tercipta

Sekian.







Thursday, December 5, 2013

TENTANG COWAY

Coway satu jenama yang dah lama dikenali. Kalau lalu dekat pasaraya besar contoh tesco (terutama tesco Setia Alam) mesti  ade agent coway yang edar pemplet pastu tak tau nak buat ape dengan pamplet tu. tengok saja pastu simpan.

Dulu saya tidak ambil kisah dan tidak pandang sebelah mata pun sebab tiada keperluan. Cerita tentang coway bermula setelah ade semut dekat rumah dan air dalam balang yang diisi untuk minum selalu dimasuki semut. Stress sebab tak nak anak minum air bersemut. Dia baru nak membesar (almost 2 y.o) org kata minum air yg ade semut ni benak otak jadinya. Lalu memikirkan solution, than masa tu Water Purifier Coway dipertimbangkan ^_^ .

Yang best tentang Coway adalah servicenye. Dulu dekat rumah mak ade water filter tapi 'terbengkalai' beli mahal dekat RM2,000 lebih. Bukan hanya masalah bila nak cuci masalah juga bila nak ganti spare part. Beli dekat 2ribu hanya ade air suhu bilik tiade panas atau sejuk, ia berlaku sebaliknya kalau beli dengan coway.






Tuesday, October 23, 2012

Enam tanda suami anda tidak mencintai anda lagi



Utusan Selasa 23.10.2012

Hubungan semakin hambar jika???


Dia jarang di rumah 
Bagi mereka apa guna balik ke rumah awal sekiranya dihimpit dengan rasa bosan, meyampah, atau tiada makna bila sampai ke rumah
Tiada lagi kata-kata pujian darinya
Lelaki tidak akan mengucapkan kata-kata pujian kepada individu itu apabila dia fikir dia tidak layak untuk mendapatkan pujian berkenaan.
Dia suka menyalahkan anda
Ini adalah tanda besar suami anda tidak mahukan anda lagi terutama bila dia ada perempuan lain anda akan dibandingkan dengan perempuan itu dan dia kebanyakannya akan menjadikan anda tempat melepaskan segala yang terbuku di hati untuk marah dan memaki hamun.
Kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh pasangan terhenti
Tidak lagi membawa anda untuk pergi jamuan makan bersama, enggan bersama di mana-mana majlis atau tidak mahu makan bersama miskipun di rumah. Ini disebabkan dia berasa anda tidak lagi menarik dan berasa bosan bersama apatah lagi jika dia sudah ada pasangan yang lain. Semua aktiviti tersebut boleh dilakukan bersama teman barunya. 

Komunikasi selalunya hambar
Jika semasa bercinta semuanya seronok sehinggakan apa saja isu boleh dijadikan bahan. Namun bila kasih sayang menurun kesukaran untuk bercakap antara satu sama lain akan berlaku malah suami juga akan mengelak untuk bertentang mata dengan anda. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. 
Kasih sayang dan aktiviti seks mula menghilang 
Ini adalah saat kebahagiaan itu akan hilang dan  terus luput dari sanubari seorang suami kepada isterinya. Hilangnya kasih sayang dan tiadanya rasa ghairah kepada pasangan menyebabkan hubungan suami isteri itu sudah tiada makna lagi terutama ketika di ranjang.

Konklusi Penulis


Masalah rumahtangga memang wujud tipulah siapa kata tak pernah ada masalah. Cara menangani nya yang membezakan seseorang itu bijak atau sebaliknya. Walaubagaimanapun kita haruslah menggantungkan diri kepada allah untuk setiap perkara. Syak wasangka jika berlebihan boleh memakan diri, cemburu juga jika berlebihan akan menjadi racun...jadi Ustaz Sharhan ada menyarankan barang siapa nak mengharmonikan rumahtangga, mengelak sesuatu yang tidak diingini zahir atau batin sila lah baca Surah Al-Baqara Ayat 102. Selebihnya biar allah yang mengatur untuk kita. Ibarat kata Ustaz Don bersangka baiklah kepada allah.

Surah Al-Baqara:102
وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (١٠٢)

Bermaksud :

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. / (102) 
 
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (103)