Tuesday, October 23, 2012

Enam tanda suami anda tidak mencintai anda lagi



Utusan Selasa 23.10.2012

Hubungan semakin hambar jika???


Dia jarang di rumah 
Bagi mereka apa guna balik ke rumah awal sekiranya dihimpit dengan rasa bosan, meyampah, atau tiada makna bila sampai ke rumah
Tiada lagi kata-kata pujian darinya
Lelaki tidak akan mengucapkan kata-kata pujian kepada individu itu apabila dia fikir dia tidak layak untuk mendapatkan pujian berkenaan.
Dia suka menyalahkan anda
Ini adalah tanda besar suami anda tidak mahukan anda lagi terutama bila dia ada perempuan lain anda akan dibandingkan dengan perempuan itu dan dia kebanyakannya akan menjadikan anda tempat melepaskan segala yang terbuku di hati untuk marah dan memaki hamun.
Kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh pasangan terhenti
Tidak lagi membawa anda untuk pergi jamuan makan bersama, enggan bersama di mana-mana majlis atau tidak mahu makan bersama miskipun di rumah. Ini disebabkan dia berasa anda tidak lagi menarik dan berasa bosan bersama apatah lagi jika dia sudah ada pasangan yang lain. Semua aktiviti tersebut boleh dilakukan bersama teman barunya. 

Komunikasi selalunya hambar
Jika semasa bercinta semuanya seronok sehinggakan apa saja isu boleh dijadikan bahan. Namun bila kasih sayang menurun kesukaran untuk bercakap antara satu sama lain akan berlaku malah suami juga akan mengelak untuk bertentang mata dengan anda. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. 
Kasih sayang dan aktiviti seks mula menghilang 
Ini adalah saat kebahagiaan itu akan hilang dan  terus luput dari sanubari seorang suami kepada isterinya. Hilangnya kasih sayang dan tiadanya rasa ghairah kepada pasangan menyebabkan hubungan suami isteri itu sudah tiada makna lagi terutama ketika di ranjang.

Konklusi Penulis


Masalah rumahtangga memang wujud tipulah siapa kata tak pernah ada masalah. Cara menangani nya yang membezakan seseorang itu bijak atau sebaliknya. Walaubagaimanapun kita haruslah menggantungkan diri kepada allah untuk setiap perkara. Syak wasangka jika berlebihan boleh memakan diri, cemburu juga jika berlebihan akan menjadi racun...jadi Ustaz Sharhan ada menyarankan barang siapa nak mengharmonikan rumahtangga, mengelak sesuatu yang tidak diingini zahir atau batin sila lah baca Surah Al-Baqara Ayat 102. Selebihnya biar allah yang mengatur untuk kita. Ibarat kata Ustaz Don bersangka baiklah kepada allah.

Surah Al-Baqara:102
وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (١٠٢)

Bermaksud :

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. / (102) 
 
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (103) 

No comments:

Post a Comment